PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tiba kira jam 11.45 pagi.
Yang turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Seramai 96 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di pusat itu sejak
Khamis lalu selepas kediaman dan laluan ke kediaman mereka dinaiki air.
Mangsa dari tiga perkampungan dalam Mukim Temai iaitu Temai Hilir, Temai Hulu dan Temai Tengah.
Sehingga jam 9 pagi tadi, banjir di Pahang menunjukkan perubahan
positif apabila hanya 1,301 orang daripada 338 keluarga ditempatkan di
19 pusat pemindahan.
Pekan daerah paling ramai mangsa dengan 923 orang daripada 223 keluarga.
Daerah Maran pula mencatatkan 177 mangsa, Bera (139 mangsa) dan Kuantan (62 mangsa).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan