Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
SHAH ALAM: “Saya tidak ada maklumat,” demikian reaksi ringkas Presiden
Amanah, Mohamad Sabu ketika diajukan tindakan boikot Amanah Johor
terhadap Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini.
Beliau, yang ditemui selepas tamat sesi Pentas Dasar petang tadi
bagaimanapun hanya berlalu begitu sahaja tanpa mengulas lanjut.
Awal hari ini, Amanah Johor dilaporkan memboikot konvensyen kedua
gagasan pembangkang itu sebagai tanda tidak berpuas hati dengan
pembahagian kerusi Parlimen Johor sesama parti-parti pembangkang.
Keputusan mengenai agihan kerusi di Semenanjung itu dikatakan dicapai dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PH malam tadi.
Pengerusi Amanah Johor, Amiroulhuda Hassan berkata tindakan memboikot
terpaksa dibuat selepas partinya hanya mendapat dua kerusi Parlimen
sedangkan PPBM diberi peruntukan 10 kerusi manakala PKR dan DAP
masing-masing sebanyak lapan dan enam kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan