Sabtu, 6 Januari 2018

Mangsa banjir di Pahang menurun, Johor meningkat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Lebih ramai mangsa banjir di Pahang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing susulan cuaca yang semakin baik sejak semalam.
 
Sehingga pukul 9 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan kepada 6,570 orang berbanding 8,074 orang petang semalam.
 
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini, 42 pusat pemindahan sementara masih dibuka melibatkan daerah ini, Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Jerantut dan Lipis.

 
“Daripada jumlah itu, 22 pusat pemindahan adalah di Kuantan, Temerloh (dua buah), Maran (tiga buah), Pekan (tujuh buah), Bera (lima buah) dan masing-masing sebuah di Rompin, Jerantut serta di Lipis,” katanya di sini hari ini.
 
Sementara itu di Johor pula, mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada seramai 38 orang daripada 11 keluarga pukul 8 pagi tadi, berbanding 34 orang daripada sembilan keluarga pukul 6 petang semalam.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, iaitu Balairaya Kampung Mensudut Lama menempatkan seramai 28 orang daripada tujuh keluarga.
 
Katanya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang yang dibuka 4 petang semalam pula menempatkan 10 orang daripada empat buah keluarga.
 
Menurutnya, pemantauan di kawasan tersebut dilakukan secara berterusan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah.
 
 

Tiada ulasan: