RASAH: Seorang jurulatih bola sepak ditahan reman selama lima hari
bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengatur satu perlawanan
dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada November tahun lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Khas Reman, Rahimah
Rahim selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim di sini pagi
ini.
Utusan Malaysia melaporkan, lelaki berusia 40 tahun itu tiba mahkamah
pada pukul 10 pagi dan diwakili peguam, Aina Nadirah Mohd. Yusof.
Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM negeri di Seremban selepas hadir memberi keterangan pada pukul 3 petang semalam.
Akhbar hari ini melaporkan seorang jurulatih pasukan dari Tampin
ditahan selepas disyaki memberi wang kepada 18 pemain dan tujuh
kakitangan pasukan kendaliannya supaya tewas dalam perlawanan dengan
pasukan Kuala Pilah TGI United dalam LBR pada 25 November lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan