KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilarang
mengadakan pertemuannya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberitahu larangan itu dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bekas perdana menteri itu tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam
4.30 petang tadi tetapi dilarang masuk oleh pengawal penjara.
"Saya cuma nak kata saya tak dapat jumpa kerana saya saya diberitahu,
arahan dikeluarkan supaya saya tidak boleh berjumpa dengan Anwar,"
katanya kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras.
Beliau juga menyatakan kekecewaaanya apabila gagal bertemu Anwar untuk
mengucapkan terima kasih kepada bekas timbalannya kerana bersetuju
melantik beliau sebagai calon perdana menteri PH.
"Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia, nak ucap terima kasih
kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (perdana
menteri)," katanya kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi
Cheras sebentar tadi.
Teka-teki perihal calon perdana menteri mewakili pakatan pembangkang
akhirnya terjawab menerusi Konvensyennya Ahad lalu yang menamakan Dr
Mahathir sebagai calon jawatan itu.
Pemimpin veteran berusia 92 tahun yang pernah mentadbir negara selama
22 tahun itu dijangka meneraju kerajaaan PH bersama isteri bekas
seterunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Namun tempoh perkhidmatan Dr Mahathir hanya bersifat sementara
memandangkan pakatan itu akan mengusahakan pembebasan Ketua Umum, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan melantiknya sebagai perdana menteri yang
seterusnya menerusi mendapat pengampunan diraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan