Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya sehingga hari ini kepada kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Justeru menurut ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan tidak timbul
soal peruntukan berkenaan disekat ataupun dipotong, sambil mengesahkan
masih terlalu awal untuk meminta dana kewangan.
"Kita tiada apa-apa maklumat sama ada rasmi ataupun tidak, tetapi apa
yang kita tahu setakat ini tuntutan belum boleh dibuat lagi.
"Masih awal bulan, baru masuk minggu kedua (tahun 2018), kita pun tidak menghantar apa-apa tuntutan lagi," ujarnya ringkas.
Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan peruntukan kepada ADUN PAS di
Selangor dipotong oleh Kerajaan Negeri bermula tahun ini.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan Azmin sendiri pada hari ini dengan
menyatakan kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak pernah menyekat
peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu.
Sebaliknya Azmin menjelaskan, kelewatan itu mungkin berpunca dari
masalah teknikal, dan kemudiannya berjanji untuk menyelesaikan perkara
itu.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah kepada ADUN, termasuk wakil
rakyat PAS, ahli kelab penyokong kerajaan (BBC) dan penyelaras DUN serta
kawasan Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan