THE MALAYSIAN INSIGHT
PILIHAN raya Kecil Pujut akan menjadi petanda awal bagaimana
pilihan raya umum akan datang berlaku, kata Ketua DAP Sarawak Chong
Chieng Jen.
Dia mengeluarkan kenyataan itu sebagai tindak balas kepada
Suruhanjaya Pilihanraya yang mengumumkan tarikh pilihan raya kecil itu.
Hari penamaan calon akan berlaku pada 20 Jun dan pengundian pada 4
Julai.
“Ia akan menjadi prelude kepada PRU,” kata ADUN Kota Sentosa itu dalam sidang media di dewan undangan negeri hari.
“Keputusannya akan menentukan takdir negara ini- samada kita akan terus diperintah kerajaan kleptokratik.
“Kejayaan besar untuk Pakatan Harapan di Pujut pastinya akan
memberikan momentum hebat menuju pilihan raya umum,” kata Chan yang
mendesak pengundi untuk “mengajar Barisan Nasional”.
Chong berkata yang kehilangan kelayakan wakil rakyat Pujut Dr Ting
Tiong Choon “menggambarkan cara kekerasan menggunakan kuasa yang
digunakan BN”.
“Mereka bergantung kepada ‘kuasa itu benar’ dan majoriti memerintah
walau dalam apa jua keadaan,” kata Chong merujuk kepada tindakan Barisan
Nasional untuk mengugurkan kelayakan Ting daripada terlibat dalam dewan
undangan negeri selepas cubaan sebelum ini di Mahkamah Pilihan raya
gagal kerana masalah teknikaliti.
Ting hilang kelayakan atas alasan dia pernah menjadi warganegara
Austalia dan kerana itu mencabul Perkara 17 (1) (g) perlembagaan negeri.
Tujuh puluh wakil rakyat BN menyokong usul menggugurkan kelayakan
Ting berbanding 10 wakil rakyat pembangkang yang menentang, tujuh orang
daripada DAP, dan tiga PKR yang mengundi menentang.
Adakah 26,532 pengundi Pujut akan membenarkan 70 ahli BN menghalang
perwakilan yang mereka pilih dalam pilihan raya yang telus dan adil
tahun lepas, tanya Chong.
Katakan “tidak” dan ajar BN, desaknya.
Chong berkata DAP akan mengadakan pertemuan dalam masa tedekat untuk
menentukan calon dan jentera pilihan raya parti di Miri sudah diberitahu
supaya bersiap sedia untuk pilihan raya kecil itu.
BN, bagaimanapun, tidak terburu-buru untuk memilih calonnya.
Ditanya sekiranya gabungan itu akan bermesyuarat dalam masa tedekat
untuk menentukan siapa yang akan bertanding untuk BN, Ketua Menteri dan
Pengerusi BN Negeri Abang Johari Openg berkara: “Belum lagi. Masih
terlalu awal”.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) Prof Dr Sim Kui Hian
sebelum ini menyuarkan keinginan yang partinya akan bertanding di Pujut,
yang disifatkannya sebagai “milik SUPP” dengan calon “tempatan orang
Miri”.
Sim berkata yang SUPP sudah mempunyai calon pilihan sambil memberi
petanda yang dia adalah salah seorang nama untuk kerusi parlimen Miri
yang disenarai pendek bagi pilihan raya umum akan datang.
“Ia akan diwakili BN,” tegasnya.
Dalam pilihan raya negeri tahun lepas, BN meletakkan “calon terus BN”
ahli perniagaan Hii King Chiong dari Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti
serpihan SUPP yang terdiri daripada mereka yang keluar daripada SUPP dan
tidak menjadi ahli dalam gabungan empat parti yang membentuk BN
Sarawak.
Dr Ting berjaya memiliki 8,899 undi berbanding Hii yang meraih 7,140 undi dalam pertembungan empat penjuru untuk kerusi itu.
Sementara itu Jofri Jaraiee meraih 513 undi dan penyandang jawatan,
bekas ahli DAP yang bertanding sebagai calon persendirian hanya meraih
375 undi.
Chong juga mengatakan yang DAP akan mencabar kehilangan kelayakan Ting di mahkamah.
Wong King Wei, ahli pasukan perundangan DAP yang menangani isu itu
berkata yang pemfailan mahkamah akan dibuat dalam “masa terdekat”.
Wong yang juga Adun Padungan, berkata yang tindakan undang-undang itu
berdasarkan yang fakta tidak terdapat “mana-mana peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Sarawak” yang menyatakan
dewan undangan negeri Sarawak mempunyai kuasa untuk melucutkan kelayakan
ahli dewan undangan negeri.
“Pelucutan kelayakan Dr Ting perlu berasaskan bukti di mahkamah yang
akan menentukan samaada ia melanggar perlembagaan atau tidak.”
Katanya lagi BN mengabaikan mahkamah dan bertindak sendiri dengan mengambil alih kuasa penghakiman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan