SERI ISKANDAR
– Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan
polisterin di negeri ini sehingga satu kajian menyeluruh mengenai
pengunaan kedua-dua bahan itu selesai dilakukan.
Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri tidak boleh
melarang penggunaan plastik dan polisterin tanpa memberikan
penyelesaian alternatif walaupun pengumuman mengenai larangan itu dibuat
tahun lepas.
“Kita
perlu melihat beberapa aspek lain dan tidak boleh sewenang-wenangnya
melarang penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini tanpa memberi
alternatif lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan
Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017 di Universiti Teknologi Mara di
sini, Isnin.
Zambry
berkata beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Dr Muhammad Amin
Zakaria untuk menjalankan kajian terperinci dan mengadakan pertemuan
dengan semua pihak berkaitan berhubung perkara itu.
Pada
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April tahun lepas,
Muhammad Amin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menguatkuasakan
larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri itu mulai 1 Jun ini
dalam usaha memelihara alam sekitar.
Muhammad
Amin berkata sebagai alternatif kepada penggunaan plastik dan
polisterin, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan kertas atau bahan
boleh diurai selain memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang
memberi kerjasama melaksanakan inisiatif Perak bebas plastik dan
polisterin. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan