PETALING JAYA: Insiden penerbit filem, David Teo dilempang pelawak Mat
Over di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki
episod baru walaupun mereka telah berdamai selepas majlis tersebut.
Walaupun saling memohon maaf, terdapat pihak yang masih mahu menyambung
episod ini dengan mengadakan perhimpunan aman di pejabat Metrowealth,
yang terletak di Petaling Jaya.
Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Aman Tanpa Senjata diadakan oleh
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijadualkan diadakan pada
Khamis, pukul 2 petang.
Mesej jemputan untuk membuat liputan telah diedarkan kepada pihak media, pagi Khamis.
"Ini berkenaan perkara David Teo yang telah bersikap biadab terhadap
perdana menteri semalam di dalam Program TN50 Anak Seni Bersama PM,"
menurut mesej tersebut.
Malam Rabu, majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) kecoh
selepas Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David di
depan perdana menteri.
Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David
dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka
ruang kepada produser itu selama satu minit.
David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.
Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal
keadaan sehinggalah Mat Over muncul lalu menampar muka David.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan