MALAYSIAKINI
Insiden serangan terhadap pengarah filem David Teo pada sesi dialog
TN50 malam Rabu lalu telah memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia,
kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap secara langsung kepada pengguna internet di Facebook hari
ini, Mahathir berkata dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
orang yang bercakap dan bertanya soalan akan mendapat susah.
"Pertama (isu) macam ini tak pernah berlaku dahulu pada saya, atau PM
lain sebelum saya. Ini berlaku di zaman Najib kerana semua benci
terhadap pemerintahan Najib, tetapi apabila mereka cakap, mereka akan
menghadapi masalah. Surat khabar ini ditapis sehingga tidak ada news lagi, demikian juga dengan TV3 dan lain-lain lain.
"Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba, dan
inilah kesan dan hasil
percubaan untuk bercakap benda yang benar, tanya
soalan pun tak boleh, kena pukul.
"Saya tak tahu Mat Over siapa dia, tetapi sepatutnya selepas dia
lempang sekali itu, dipisahkan. Tapi saya nampak banyak orang (bersorak)
pukul si David Teo, ini memalukan kita di seluruh dunia, perkara ini
berlaku di depan PM.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kemudian mencabar Najib untuk mengadakan dialog lain.
"Kalau dia berani adakah lagi, buka kepada semua orang, kita nak tengok orang takut lempang atau tidak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan