shahbudindotcom
Tidak
sukar memahami kesedihan Tun Mahathir Mohamad berikutan penjualan saham
Proton sebanyak 49.9 peratus kepada sebuah syarikat China, Zhejiang
Geely Holding Group Co Ltd kerana syarikat kereta nasional itu adalah
ibarat 'anaknya' yang selama ini diasuh dan dibesarkan, tetapi kini
sudah pun berpindah milik ke tangan asing.
Bekas
Perdana Menteri itu turut membayangkan, dengan Proton pun boleh dijual
kepada China, ia adalah permulaan kepada penjualan lebih besar aset-aset
yang lain semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada hutang yang
bertimbun.
"Tiada
cara lain bagi kita untuk mendapatkan berbilion ringgit untuk membayar
hutang. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset-aset yang ada.
"Dan
akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara hebat, tetapi
dimiliki orang lain," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya
semalam.
Beliau
seterusnya tidak menafikan Proton mampu terbang lebih tinggi menyaingi
Rolls Royce atau Bentley serta dijual ke seluruh dunia selepas pemilikan
Geely ini, tetapi ia tidak lebih umpama kita berbangga dengan Singapura
yang pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia suatu ketika dahulu,
tetapi sekarang bukan lagi menjadi milik kita.
Bagi
Tun Mahathir, penjualan banyak aset dan pemberian tanah dan kontrak
kepada syarikat-syarikat China adalah kerana negara yang dipimpin Najib
Razak sekarang terbelenggu dengan hutang meninggi yang tidak mampu lagi
untuk dilangsaikan.
Selagi
Najib terus dengan gayanya yang boros dan suka berhutang itu, Malaysia
mungkin sukar mengelakkan daripada terus menjual, menjual dan menjual.
Hari
ini Proton yang hilang, esok lusa entah apa lagi atau mungkin sudah ada
senarai harta-harta yang sedang menunggu masa saja untuk bertukar hak
miliknya.
Sebab itu, diakhir tulisan di blognya, Tun Mahathir terlihat amat sedih dan seperti merintih pilu, "Saya
memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan
air mata. 'Anak' saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya. Sila
maafkan saya."
Itulah kesedihan Tun Mahathir yang sebenarnya bukan sekadar tentang Proton semata-mata, tetapi juga mengenai masa depan negara.
Di
atas kertas memang pemilihan saham Geely masih kurang 0.2 peratus untuk
menjadi majoriti dan selebihnya 50.1 peratus kekal dipegang oleh
syarikat Malaysia, tetapi dalam masa yang sama syarikat China itu juga
berjaya memiliki 51 peratus saham dalam Lotus, sebuah pengeluar kereta
sport yang berpangkalan di England.
Bermakna,
dengan pembeli Proton, Geely dapat menguasai dua syarikat kereta
sekaligus. Meskipun di Proton, Geely hanya bersifat minoriti, tetapi
memandangkan ia mempunyai kelebihan dari segi kepakaran, pemasaran dan
inovasi automotif serta kebergantungan Proton kepadanya untuk kembali
melonjak, secara naturalnya syarikat itulah yang akan menjadi "kepala"
dalam segala-galanya.
Berkaitan
Lotus pula, jika selama ini kita berbangga memiliki serta berkongsi
teknologinya, ia kini sudah pun menjadi milik China.
Proton
tidak lagi boleh dianggap sebagai kereta nasional setelah ia dimiliki
oleh Geely ini, malah hanyalah syarikat perniagaan biasa saja. Dengan
peredaran masa, ditambah dengan kita begitu mudah tertarik dengan "wang
besar" daripada China, tidak mustahil Geely akan terus menambah
pemilikan sahamnya dan akhirnya mereka akan menguasai terus syarikat
itu.
Soalnya, di manakah kita dalam kesedihan Tun Mahathir ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan