Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan rasa kecewa
terhadap kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
menangguhkan siasatan ahli politik sehingga selepas pilihan raya umum
ke-14 (PRU14).
"Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzukefli Ahmad yang berpendirian ingin menangguhkan siasatan terhadap ahli politik sehingga selepas PRU 14 amat mengecewakan.
"Pendirian yang dangkal ini langsung tidak mencerminkan kredibiliti SPRM selaku badan yang bebas dan autoritatif.
"Kenyataan ini menimbulkan isu integriti SPRM dan mencemar imej suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan neutral, namun, seolah-olah mula berpihak serta mengambil kira soal kepentingan periuk nasi Umno dan BN," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Dzulkifli dilaporkan sebagai berkata, SPRM tidak mahu bertindak terhadap ahli politik sekarang kerana ini boleh digunakan sebagai bahan kempen pada PRU14.
Walaupun tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik berkenaan, Dzulkifli berkata, ia tidak akan menghalang mereka daripada bertanding atau memegang jawatan politik.
Mengulas lanjut, GAMIS berkata, pihaknya berpendirian bahawa SPRM perlu menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya tanpa menutup mata terhadap golongan sasar yang berkepentingan.
"Besarlah hasrat kami untuk melihat SPRM sentiasa berada di hadapan dalam urusan ketelusan dan integriti," tambahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan