MAKKAH
– Institut Penyelidikan Kebangsaan Astronomi dan Geofizik di Mesir
mengumumkan pada hari pertama puasa tahun ini, yang ditetapkan pada
Sabtu ini, akan menyaksikan sesuatu yang unik berlaku di Masjidil Haram,
khususnya di Kaabah.
Menurut
laporan institut itu, pada jam 12.18 tengah hari waktu Makkah iaitu
ketika solat Zohor, matahari akan berada lurus dan tegak di atas Kaabah.
Laporan
itu juga menyebut, bayang Kaabah pada waktu itu akan hilang. Arah
matahari dari semua titik di dunia akan tertumpu tepat ke kiblat iaitu
arah di mana umat Islam bersolat menghadap Kaabah.
Institut
itu yang melakukan kajian terhadap aktiviti matahari dalam kenyataan di
laman Twitternya berkata, sudut ketinggian matahari tatkala solat Zohor
ialah 89.93 darjah di atas Kaabah, hanya 0.07 peratus kurang daripada
100 peratus menegak pada 90 darjah.
Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Pertama pada 27 Mei dan kedua pada 15 Julai.
Bagaimanapun, apa yang menarik fenomena kali ini ialah ia berlaku bertepatan dengan solat Zohor hari pertama bulan Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan