Ahad, 14 Februari 2016

Yeop ber'Qu Puteh' mata di Ipoh

 Yeop ber'Qu Puteh' mata di Ipoh
Pemain Perak Elias Fernandes De Olivera dijatuhkan pemain Kelantan, Muslim Ahmad ketika perlawanan Liga Super antara Perak dan Kelantan di Stadium Perak malam ini. - Foto Bernama
 
 

PERAK gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila terikat tanpa jaringan dengan Kelantan pada aksi Liga Super 2016 di Stadium Perak, malam tadi.

Beraksi tanpa kelibat kapten, Mohd Nasir Basharuddin dan pakar sepakan percuma, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari jelas menjejaskan rentak permainan skuad The Bos Gaurus itu.

Kesempatan itu nyata menyaksikan kesebelasan Kelantan berjaya mengawal sebahagian besar perlawanan.

Malah, skuad  Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) itu hampir berjaya memerangkap tuan rumah menerusi beberapa percubaan berbahaya ke pintu gol.

Bagaimanapun penjaga gol skuad Kejor Yeop Skor, Muhammad Hafizul Hakim beraksi cemerlang bagi menafikan sekurang-kurangnya dua percubaan tepat ke gawang Perak.

Kecemerlangan berkenaan sekali gus menyaksikan pemain berkenaan turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan malam tadi.


Tiada ulasan: