BERNAMA
Annuar yang juga
Pengerusi MARA berkata sebaliknya MARA telah membelanjakan RM2 bilion
setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar. Foto fail TRP
ALOR SETAR, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mempunyai keupayaan untuk menangani dan menyelesaikan apa juga isu yang melanda parti berdasarkan pengalaman sebelum ini.
Beliau berkata apa juga isu yang timbul dalam parti merupakan lumrah dalam politik.
Katanya Umno yang merupakan tunjang
Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini akan terus berdepan
dengan pelbagai isu yang diputar belit oleh pihak tertentu termasuk
parti pembangkang.
“Ini realiti dalam politik … kami terpaksa beri penjelasan yang betul kepada rakyat.
“Saya tak nafikan yang kami (Umno) ada
(tidak terlepas daripada) masalah … kami ada keupayaan untuk tangani
perkara ini berdasarkan pengalaman mengatasi beberapa krisis politk yang
besar sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan
pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan Umno Bahagian dan Sayap di
Pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini hari ini.
Beliau
memberi contoh baru-baru ini parti pembangkang telah memberi gambaran
seolah-oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menghentikan tajaan kepada
pelajarnya sehingga mengundang persepsi negatif terhadap agensi
kerajaan itu.
Annuar yang juga Pengerusi MARA berkata
sebaliknya MARA telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk
membiayai 75,000 pelajar.
Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai
Ketua Penerangan Umno yang baharu, beliau akan berusaha memperbetulkan
persepsi masyarakat terhadap parti itu yang telah diputarbelitkan oleh
parti pembangkang.
“Kami mahu Umno negeri dan bahagian
melaksanakan gerak kerja penerangan secara efisien dan menyeluruh
sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.
Katanya beliau akan menjelajah ke setiap
negeri bagi bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi Umno sebelum
merangka gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu, Annuar turut mengadakan
pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan