shahbudindotcom
Dua
hari lalu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC, Hassan
Ariffin secara tiba-tiba memberitahu, dua saksi terakhir akan dipanggil
minggu depan untuk memberi keterangan berhubung siasatan pihaknya
mengenai 1MDB.
Katanya,
dua saksi terakhir itu ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
1MDB, Shahrul Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengerusinya, Mohd Bakke
Salleh.
Ini
merupakan dua individu terakhir yang akan kita panggil sebelum Ketua
Audit Negara membentangkan laporannya dan selepas itu kita akan membuat
rumusan untuk dibentangkan di Parlimen, kata Hassan yang juga Ahli
Parlimen Rompin.
Dengan
pengumuman itu bermakna, laporan PAC berhubung pelbagai isu yang
dicurigai dan diperkatakan ramai berkaitan 1MDB akan disiapkan dan
diketahui tidak berapa lama lagi.
Pengumuman
Hassan itu segera membuatkan salah seorang anggota PAC, Tony Pua
"terkejut beruk" kerana mendakwa ia tidak pernah dibincangkan sebelum
ini.
Menurut
beliau, memang persetujuan memanggil dua individu itu telah ditetapkan
dalam mesyuarat sebelum ini, tetapi tidak pernah dipersetujui bahawa
tiada lagi saksi-saksi lain akan dipanggil.
Katanya,
terdapat beberapa saksi yang amat relevan untuk dipanggil memberi
keterangan, antaranya Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz serta
seorang lagi bekas CEO 1MDB iaitu Mohd Hazeem Abdul Rahman.
Selain
itu, tambah Pua, ketika PAC dipengerusikan oleh Nur Jazlan juga turut
secara rasmi telah meminta persetujuan Kementerian Kewangan untuk
memastikan kehadiran Najib Razak dan Jho Low memberi keterangan kepada
jawatankuasa itu.
Tidak
saja Nur Jazlan yang mengumumkan keperluan Jho Low dipanggil memberi
keterangannya, bahkan Khairy Jamaluddin juga menilai keperluan yang sama
agar penyelesaian menyeluruh dapat dicapai berhubung kemelut 1MDB yang
diperbualkan ramai itu.
Sehubungan
itu, bagaimanakah agaknya rupa bentuk laporan dan rumusan PAC berhubung
1MDB nanti setelah saksi-saksi yang dianggap penting itu tidak
dipanggil memberi keterangannya?
Kenapa Hassan begitu pantas mahu siasatan berhubung 1MDB ditamatkan?
Apatah
lagi, jika diimbas kedudukan Hassan mengetuai PAC turut lebih kurang
sama dan tidak banyak berbeza dengan Apandi Ali yang kini menjadi Peguam
Negara.
Apandi
dijadikan Peguam Negara secara mengejut menggantikan Abdul Gani Patail
yang dikatakan tidak sihat untuk tugas itu, manakala Hassan pula dipilih
sebagai Pengerusi setelah PAC "dikelabu-asapkan" dengan Nur Jazlan dan
beberapa ahli jawatankuasanya dinaikkan pangkat menganggotai
pentadbiran kerajaan.
Kedua-duanya,
Apandi dan Hassan mendapat "rezeki dan jawatan" di tengah-tengah
siasatan terhadap 1MDB oleh sebuah pasukan petugas khas sedang rancak
dijalankan.
Peguam
Negara akhirnya menolak sebarang pendakwaan dalam kertas siasatan yang
dilakukan oleh Bank Negara berkaitan 1MDB dan juga siasatan oleh SPRM
terhadap Najib berhubung wang ribuan juta yang masuk ke akuan
peribadinya.
Lantas, bolehkah diharapkan keputusan yang berbeza daripada PAC nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan