Ahad, 21 Februari 2016

Satu lagi video parodi CNY dari DAP - kali ini mengenai RM2.6b

MALAYSIAKINI


DAP telah menerbitkan satu lagi video muzik lucu Tahun Baru Cina (CNY), kali ini parodi mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kemudiannya beliau dakwa sumbangan dari Timur Tengah.

Dalam video muzik itu, menjelang kempen pilihan raya Sarawak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dilihat menyanyi lagu klasik CNY Cai Shen Dao (Dewa kekayaan ada di sini).

Mereka membuat rujukan kepada apa yang didakwa derma RM2.6 bilion dari penderma Arab, dengan seorang lelaki berpakaian seperti seorang Arab bersama wang yang banyak dalam video itu, serta Teo membawa beg tangan mewah dan cincin berlian.

Mereka juga membuat jenaka mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April tahun lepas, dengan Teo membawa tanda GST dan meleret wang dari Pua dan dewa kekayaan.

Pada akhir video itu, kedua-dua pemimpin DAP itu mendedahkan pengharapan mereka untuk tahun baru.

"Mari kita bawa perubahan kerajaan dan ucap selamat tinggal kepada penyalahgunaan dan rasuah," kata Pua.

Teo pula mengingatkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi pada bulan April dan menyeru orang ramai untuk menderma kepada DAP untuk kempen pilihan raya di sana.

"DAP tidak seperti Najib - kita tidak mempunyai rakan di Timur Tengah.

"Tetapi itu ok, kerana kita mempunyai sokongan anda," katanya.

Tiada ulasan: