shahbudindotcom
Hampir
tidak ada yang setuju dan gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan
kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh bekerja di negara
ini untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Selain
ramai yang menyifatkan keputusan itu seolah-olah menjadikan negara ini
"lambakan hamba abdi", yang lebih dirisaukan ialah kesan sosial
daripadanya yang mungkin jauh lebih buruk dan menggerunkan.
Ini
berikutan sekarang ini pun dikatakan terdapat lebih 5 juta pekerja
asing di negara ini di mana 2.2 juta daripadanya berdaftar secara sah,
manakala selebihnya adalah tanpa izin.
Membenarkan
kemasukan 1.5 juta lagi, bermakna dalam tempoh tiga tahun akan datang,
jumlah pekerja asing di negara ini akan meningkat kepada kira-kira 7
juta orang.
Maka, apa rasionalnya lagi menambah masalah sedia ada?
Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi
dalam mempertahankan kemasukan itu berkata, ia bukanlah kehendak
kerajaan, tetapi untuk memenuhi permintaan pasaran dalam sektor
perkilangan, perladangan, pembinaan dan sebagainya.
Hari
ini pula, beliau sekali lagi mempertahankan keputusan itu dengan
menegaskan, ahli FMM atau Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia
sendiri yang meminta kemasukan pekerja asing tersebut kerana menghadapi
masalah kekurangan pekerja.
Ehhh...ehh...ehh,
sejak bila kerajaan mempunyai sikap tunduk seratus-peratus kepada
kehendak pasaran semata-mata dalam membuat keputusannya?
Apa gunanya sebuah kerajaan yang mengaku bertunjangkan rakyat jika akhirnya kepentingan kapitalis saja yang ingin dipenuhi?
Apakah
kerajaan tiada dasar langsung dalam penetapan kadar pekerja asing yang
boleh bekerja dalam mana-mana kilang, ladang atau industri?
Apakah
mahu dibenarkan sesebuah industri itu mengambil sepenuhnya pekerja
Bangladesh sahaja dan mengabaikan sama sekali pekerja tempatan?
Tidakkah
dengan membuat ketetapan 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk
akan menyebabkan pekerja asing lebih diketepikan?
Yang
menjadi perbualan di mana-mana juga ialah kemasukan 1.5 juta pekerja
Bangladesh ini merupakan jumlah paling ramai yang pernah diputuskan oleh
mana-mana era menteri yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri.
Lantaran itu, dalam tempoh tiga tahun kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebut, siapakah yang lebih untung daripadanya?
Jika
dibuat andaian bodoh sekalipun di mana katalah mana-mana syarikat yang
menguruskan kemasukan pekerja Bangladesh itu mengaut keuntungan
RM1,000.00 bagi setiap kepala, bermakna laba " jual orang" saja sudah
mencecah RM1.5 bilion atau RM1,500 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan