Ahad, 21 Februari 2016

Muhyiddin ingatkan MT Umno jangan berani ambil tindakan jika tidak cukup bukti

Shakira Buang


LIHAT VIDEO DI SINI
 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Majlis Tertinggi parti itu supaya jangan sekali-kali berani untuk mengambil tindakan terhadap beliau jika tidak mempunyai bukti.

"Saya nak ingatkan setiausaha agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan perlembagaan," katanya.

Muhyiddin menegaskan demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma Taman Duyung Intan di Port Dickson hari ini.

Tengku Adnan pada Disember lalu berkata, ucapan Muhyiddin pada 7 Disember 2015 di Kampung Baru akan disiasat parti.

Ucapan itu disampaikan Muhyiddin selepas beliau tidak dibenarkan berucap di perhimpunan agung Umno tahun lalu.

Tengku Adnan sebelum ini berkata hasil siasatan itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya harus menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai 2015 selepas menyuarakan pandangan kritikal terhadap operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Tiada ulasan: