shahbudindotcom
Baru
sebentar tadi, Ahmad Maslan menulis di Twitternya memaklumkan bahawa
beliau hari ini pergi ke menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah
Persekutuan adalah dengan berjalan kaki daripada pejabatnya di Menara
Miti.
Sambil
memuatnaik empat keping gambarnya sedang berjalan kaki itu, Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga berkata, ia
adalah suatu riadah yang baik untuknya.
Mat oh Mat, apa dah jadi ni Mat? Kenapa sampai begitu sekali mahu menonjolkan diri?
Walaupun
menyebut berjalan kakinya pergi dan balik menunaikan solat itu adalah
riadah yang baik, tetapi bukankah hal-hal berkaitan ibadah dengan Tuhan
ini tidak perlu ditunjuk-tunjuk dan diberitahu kepada orang lain?
Berjalan kaki atau merangkak sekali pun, biarlah ianya hanya urusan antara kita dengan Tuhan.
Kenapa perlu diheboh-hebohkan, kalau bukan untuk menunjuk-nunjuk?
Lagi pula, tidakkah menunjuk-nunjuk boleh mengurangkan pahala?
Jika
orang lain mengambil gambarnya dan kemudian memasukkannya dalam
mana-mana laman atau rangkaian sosial, ia mungkin tidak menghairankan,
namun kenapa sampai beliau sendiri memberitahunya kepada umum?
Tidakkah ini dilihat memang sengaja mahu menunjuk-nunjuk?
Dalam
pada itu, bukankah beliau sekarang ialah Pengerusi Biro IT UMNO yang
menjaga tentera-tentera siber yang beribu-ribu orang ramainya?
Mengapa
tidak diminta seorang dua daripada mereka yang boleh mengambil
gambarnya dan kemudian menghebahkannya kepada umum, jika pun beliau
ingin sangat memberitahu kepada umum tentang kesanggupannya berjalan
kaki ke masjid itu?
Kalau orang lain melakukannya, nampaklah ia "natural", walaupun mungkin ia juga memang dibuat secara sengaja dan dirancang.
Tetapi
dengan secara sengaja, mungkin pegawainya sendiri mengambil beberapa
keping gambarnya sedang berjalan kaki dan kemudian menghebahkan melalui
Twitter miliknya, langsung tidak terlihat "kenaturalannya", bahkan
sesiapa pun akan mengatakannya memang dirancang sejak awal lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan