Jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti kukuh beliau telah melanggar peraturan parti.
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Majlis Tertinggi (MT) agar jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.
Katanya, beliau tidak takut dikenakan tindakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mestilah dibuktikan beliau telah melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.
“Saya nak cakap terus terang dia (Setiausaha Agung ) dah ugut saya macam-macam dengan bukti-bukti mahu singkirkan saya, untuk buang saya. Saya tak takut.
“Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan,” kata Timbalan Presiden UMNO itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman bersuara kerana ingin mencari kebenaran.
“Saya bersetuju dengan Kamarulazman yang mana kita perlu mencari kebenaran dan kita tidak takut berdepan dengan apa saja ancaman baik kedudukan dan jawatan.
“Kita nak cari kebenaran dan dari kebenaran itu rakyat akan kembali yakin dan percaya kepada kita serta parti kita akan mendapat manfaatnya untuk terus bertahan dalam pilihan raya akan datang.
“Tetapi jika keadaannya terus begini, (sokongan terhadap UMNO) merosot dan terus merosot untuk tempoh yang akan datang apa lagi harapan untuk kita?,” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan