SHAH ALAM: Ada pemimpin dalam PKR yang berasa terancam dengan kebolehan
dan kewibawaan Dr Aziz Bari seraya bertindak menyekat pengaruh pakar
undang-undang itu dalam parti, kata penganalisis politik, Profesor Dr
Ahmad Marthada Mohamed.
Jelas Marthada, jika Aziz tidak dihalang, bekas pensyarah kanan di
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mampu membina empayarnya sendiri
dalam PKR dan perkara itu tentunya tidak disenangi pemimpin tertentu.
"Apa yang berlaku pada Dr Aziz Bari sesuatu yang kita yang dijangka
kerana sebagai seorang personaliti yang dilihat berwibawa dan punya
ketrampilan mungkin beliau boleh pergi jauh jika diberi peluang.
"Namun mungkin dilihat dilihat sebagai satu ancaman sebab itu beliau
tidak mendapat sokongan yang besar apatah lagi ketika beliau berada
dalam PKR. Sokongan tak begitu kuat yang sebabkan beliau tak dihargai
dalam parti," ketika dihubungi Antarapos.
Marthada berkata demikian mengulas kenyataan Aziz yang ditemubual
secara eksklusif oleh Antarapos baru-baru ini bahawa peranannya untuk
menyumbang kepada masyarakat dinafikan PKR.
Aziz pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bertanding mewakili PKR di
Parlimen Sabak Bernam tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN)
selepas dikatakan disabotaj dalaman PKR.
Selepas kekalahan itu, peluang politik kepada Aziz dalam PKR seolah
terbatas apabila beliau langsung tidak diberikan sebarang jawatan
termasuk apa yang dijanjikan terhadapnya, penyelia Parlimen Sabak
Bernam.
Aziz pada Julai tahun lalu mengumumkan penghijrahannya kepada DAP dan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pusat DAP Selangor.
Beliau kemudiannya dicalonkan untuk menjadi ahli majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) tetapi namanya digugurkan saat akhir, selepas
dikatakan dicantas PKR.
Marthada ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata, budaya
cantas-mencantas dalam parti politik adalah perkara biasa, termasuk PKR.
"Budaya cantas-mencantas satu budaya wujud dalam mana-mana parti. Bukan
hanya dalam Umno saja, kalau kita lihat dalam PAS juga ada budaya itu
sehingga menyebabkan pemimpin profesional disisih dan keluar dan bentuk
Parti Amanag Negara (PAN).
"Sama juga dengan MIC berlaku pertembungan dan juga MCA. Ini juga
senario yang sama berlaku dalam pembangkang, bukan sesuatu yang
hairankan dan ia turut berlaku dalam PKR," ujarnya.
Justeru Marthada berkata, PKR mahupun rakan komponennya dalam Pakatan
Harapan tidak boleh mendabik dada dan berkata mereka lebih baik serta
telus berbanding parti lain.
Beliau kemudiannya merujuk insiden bagaimana PKR menggulingkan bekas
Menteri Besar Selangor terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Langkah
Kajang.
Langkah Kajang ujar Marthada bukan hanya tidak disenangi rakyat yang
memberikan mandat kepada pembangkang untuk mentadbir negeri itu, tetapi
turut mengundang bantahan daripada rakan politik mereka, PAS.
"PKR tak boleh dabik dada bahawa mereka lebih baik atau lebih bersih
daripada mana-mana parti termasuk parti dalam kerajaan kerana budaya ada
amalan negetif serta amalan tidak sihat memang wujud dalam PKR,"
ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan