SHAH ALAM - Sebarang pertukaran pegawai ke mana-mana jabatan perlu melalui Suruhanjaya Pasukan Polis dan mendapat kelulusan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setiap kali berlaku pertukaran pegawai, suruhanjaya tersebut akan bersidang.
“Sebarang pertukaran pegawai kanan tidak boleh dilakukan dengan cakap mulut sahaja. Perlu melalui suruhanjaya.
"Pertukaran pegawai yang perlu mendapat kelulusan suruhanjaya adalah berpangkat Asisten Superintenden ke atas. Jika di bawah daripada pangkat itu adalah melalui bidang kuasa Ketua Polis Negara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pertukaran bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), semalam.
Abdul Hamid dalam sidang media pada Sabtu lalu keliru dengan arahan pertukaran ke JPM kerana jawatan baharu di JPM masih belum diwujudkan.
Mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan kepada umum mengenai empat perkara iaitu peranan dan tanggungjawab Cawangan Khas; pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri; tekanan penjawat awam oleh pihak atasan dan nadi rakyat, Musa berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan.
“Sebagai penjawat awam, seseorang itu terikat dengan peraturan dan etikanya. Kalau tidak puas hati elok kiranya bertemu dan berbincang dengan ketua.
“Namun kalau atas kapasiti individu saya rasa itu adalah hak beliau (Abdul Hamid),” katanya.
Musa berkata, sepanjang mengenali Abdul Hamid, beliau merupakan seorang seorang pegawai yang baik, rajin dan boleh dipercayai.
“Sepanjang saya mengenalinya, dia (Abdul Hamid) seorang pegawai berintegriti,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hamid yang mendakwa ada orang atasan yang mencampuri urusan tadbir pihak polis, Musa berkata, beliau tidak dapat mengulas perkara tersebut kerana tidak lagi berada dalam pasukan polis.
“Saya orang luar, saya tidak tahu apa yang berlaku dalam PDRM. Jadi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara tersebut,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan