QURNISHA HAMKA
Mesyuarat tertutup
tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri
Perdana, selama lebih dua jam dan berakhir pada 7.50 malam.
PUTRAJAYA, Perjumpaan antara Pengerusi Badan Perhubungan Negeri UMNO besama Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan dengan lancar sejak jam 5.30 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan sumber yang enggan dinamakan, namun turut berada dalam pertemuan tertutup tersebut.
Jelasnya, mesyuarat yang berlangsung adalah untuk menjelaskan berkenaan rombakan kabinet yang dilakukan Najib pada Selasa lalu.
“Presiden menjelaskan berkenaan
pengguguran Tan Sri Muhyiddin, rombakan kabinet dan tidak membincangkan
berkenaan pertukaran peguam negara.
“Perbincangan berjalan lancar dan semua Pengerusi Perhubungan Negeri hadir dalam mesyuarat ini,” kata sumber berkenaan.
Sumber berkenaan bagaimanapun tidak menyebut mengenai pertukaran menteri besar seperti yang tersebar sejak tengah hari ini.
Mesyuarat tertutup tersebut berlangsung
di kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, selama lebih
dua jam dan berakhir pada 7.50 malam.
Walau bagaimanapun, usaha pihak media untuk mendapatkan komen daripada sumber lain yang hadir, gagal.
Antara yang dilihat hadir ke kediaman
rasmi Perdana Menteri ialah Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Datuk
Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk
Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Idris Haron.
Turut dilihat masuk kira-kira pukul
5.30 petang Jumaat ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan