Wong
Chen pada sidang media mengenai nilai mata wang ringgit di ibu pejabat
PKR, Petaling Jaya, hari ini. -Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
PETALING JAYA - PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak supaya menghentikan segera siasatan ke atas penyiasat kes
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memberi tumpuan kepada
pengurusan ekonomi negara.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangannya, Wong Chen menegaskan jika
Najib terus mengganggu mereka menyiasat 1MDB, ia hanya akan menjejaskan
nilai Ringgit Malaysia (RM) yang terus jatuh sehingga RM3.89 berbanding
Dolar Amerika Syarikat (ASD) pada hari ini.
'Kami menggesa beliau untuk berhenti mengabaikan ekonomi dan
mensengsarakan rakyat demi mempertahankan kedudukan politik beliau
sendiri,' katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari
ini.
Sehingga kini, tujuh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan
mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn
Bhd dan pemindahan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.
Pada Mac 2015, ahli ekonomi Macquarie Research, PK Basu meramalkan
nilai mata wang ringgit akan jatuh kepada tahap RM3.95 berbanding AS$1
pada September 2015.
Dalam pada itu, beliau juga berkata, sekiranya pihak polis bertindak
menangkap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak
mengikut prosedur perundangan, ia dikhuatiri akan menjejaskan lagi mata
wang ringgit yang sedia lemah.
'Tan Sri Zeti mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang Gabenor Bank
Pusat dalam kalangan komuniti kewangan antarabangsa termasuk agensi
penarafan.
'Sekiranya tiada ketelusan penuh, prosedur dan proses perundangan tidak
diikuti, ia akan memberi mesej yang tersangat buruk kepada komuniti
kewangan antarabangsa dan terus menjejaskan nilai mata wang ringgit,'
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan