MALAYSIAKINI
Kiriman kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkumi surat,
poskad dan buku kiriman tidak disekat oleh pengurusan penjara.
Menteri dalam negeri menjelaskan setakat ini kiriman-kiriman itu
mengikut ketetapan Peraturan-peraturan penjara 2000 serta prosedur
operasi standard (SOP) Jabatan Penjara.
“Kemudahan dan peralatan lain juga tidak dihalang dari diberikan kepada
Datuk Seri Anwar sepertimana kemudahan dan peralatan yang diberikan
kepada banduan lain berasaskan ketetapan peraturan dan prosedur
penjara,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan