MALAYSIAKINI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas 1MDB yang
didakwanya bersembunyi di sebalik "kerahsian kerajaan" untuk melindungi
dirinya daripada kritikan beliau terhadap dana pelaburan yang bermasalah
itu.
"Untuk semua kritikan saya, 1MDB hanya boleh kata semuanya salah. Tapi
tak ada bukti yang diberikan. Jawapannya sentiasa mengenai kerahsiaan
urusan kerajaan," katanya.
Beliau berkata, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada
1MDB, enggan membenarkan telaga minyaknya digunakan sebagai cagaran
untuk pinjamannya.
Menurutnya, kerajaan persekutuan menjadi penjamin bagi pinjaman RM5 bilion itu adalah kerana Terengganu menolaknya.
"Mengapa Terengganu menarik diri daripada cadangan awal kerajaan
persekutuan supaya pengeluaran masa depan telaga minyaknya menjadi
cagaran?
"Tidak ada kertas kabinet dibentangkan mengenai pinjaman 5 bilion itu.
Keluarkan kertas itu untuk orang ramai lihat. Sudah tentu anda akan kata
kertas kabinet adalah rahsia," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan