MALAYSIAKINI
Pemuda PAS hari ini berkata, walaupun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berakhir namun Menteri Besar
Selangor Mohamed Azmin Ali masih lagi berkongsi pendirian yang sama
dengan PAS.
Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin (gambar),
beliau memuji sikap Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu kerana
mengambil pendirian bahawa Pakatan masih wujud walaupun DAP berpendapat
sebaliknya.
"Kenyataan Lim sejurus selepas mesyuarat jawatankuasa parti berkenaan
harus merujuk kepada kenyataan bercanggan (oleh) Azmin yang masih
rasional mempertimbangkan situasi yang berlaku.
"Beliau (Azmin) masih optimis dengan kerjasama Pakatan di Selangor dan
menolak pilihan untuk membubarkan DUN," katanya dalam kenyataan medianya
hari ini.
Malah, Khairil berkata, tindakan DAP sebelum ini yang memulakan
"permainan" dengan menyerang PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi
Awang menjadi punca dewan ulama parti itu membuat usul tergempar bagi
memutuskan hubungan dengan DAP.
Tindakan melampau
Katanya, dalam "permainan" itu DAP dilihat terlalu gopoh dan terburu-buru menyerang PAS yang akhirnya mematikan Pakatan.
"DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang muktamar PAS.
"Tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama PAS membuat
reaksi dan mengemukakan usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan
DAP dan kekal di dalam Pakatan. Bagaimanapun ia dengan syarat mendapat
persetujuan Majlis Syura Ulama PAS.
"Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan game ini dan mereka sendiri yang akhirnya mematikan Pakatan Rakyat," katanya lagi.
Selasa lalu, DAP mengumumkan bahwa Pakatan sudah tidak wujud lagi ekoran
keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul untuk memutuskan hubungan
dan kerjasama politik bersama DAP,
Usul yang lulus tanpa bahas pada muktamar awal bulan ini bagaimanapun
masih lagi belum diputuskan memandangkan ia perlu dibincangkan oleh
Majlis Syura Ulama PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan