Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
SHAH ALAM: PAS menjangkakan akan melakukan pindaan Perlembagaan
partinya tahun ini berdasarkan kepada perubahan dan perkembangan semasa
ahlinya yang semakin menambah.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perubahan Perlembagaan itu
bagaimanapun bergantung kepada urusan pentadbiran yang perlu
diperkukuhkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan semasa.
"Tahun ini dijangkakan akan berlaku pindaan Perlembagaan selalunya bergantung kepada pentadbiran.
"Maka pentadbiran perlu berubah dari semasa dengan melihat adanya penambahan keahlian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS kali ke 56.
Mohamad atau pun yang dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun tidak menjelaskan pindaan tersebut secara menyeluruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan