OLEH KC NAZARI
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menggesa agar
kesalahan dalam undang-undang syariah dipinda agar hukumannya selaras
dengan enakmen jenayah syariah atau hudud yang digagaskan parti itu di
Kelantan.
Katanya, pindaan itu akan membolehkan hudud dilaksanakan sedikit demi
sedikit di negara ini sekalipun ia tidak dapat dilaksanakan secara
keseluruhannya.
"Jika pun kita tidak dapat melaksanakan kesemuanya, kita jangan
meninggalkan kesemuanya," katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di
Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan
negeri Selangor, Shah Alam petang ini.
Beliau mengambil contoh kesalahan murtad, qazaf (menuduh orang
berzina), minum arak dan zina yang sedia terkandung dalam Akta Mahkamah
Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1969 (Akta 355).
Menurutnya, kesalahan-kesalahan ini turut terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
"Cumanya, hukuman bagi empat kesalahan ini tidak berdasarkan hukum
syarak kerana terikat dengan had hukuman yang ditetapkan Akta 355.
"Empat kesalahan ini sekian lama diperuntukkan dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Justeru, tidak timbul yang kesalahan ini bercanggah atau bertindih
dengan kesalahan jenayah yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan