Rabu, 3 Jun 2015

Obama: Jangan biarkan demokrasi terhakis

president_obama_answers_question_from_ysali

Roketkini.com


WASHINGTON: Malaysia perlu berhati-hati terhadap kesan buruk ke atas proses demokrasi dan ketelusan ketika menghukum bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presiden AS, Barack Obama.

Menurut Obama semalam, adalah penting untuk sistem perundangan bersifat terbuka dan telus apabila berdepan situasi seorang pemimpin berpengaruh didakwa melakukan jenayah.

“Sebagai peraturan umum, saya tidak memberi komen ke atas kes individu dalam negara ini (AS), apa lagi di negara lain kerana saya berpendapat penting untuk sebuah sistem perundangan berfungsi.

“Tetapi saya tahu bahawa penting jika seorang pemimpin pembangkang yang dikenali ramai didakwa jenayah, proses bagaimana dia dihukum, dan bagaimana ketelusannya – ia terdedah kepada penelitian,” kata Obama.

Yeo-Bee-Yin-damansara-utama-01Beliau menjawab soalan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sesi pertemuan dengan pemimpin muda Asia di Washington, AS.

Sebelum itu Bee Yin bertanya pendapat Obama mengenai dakwaan liwat terhadap bekas perdana menteri, Anwar.

Menurut Obama, keadaan tidak diingini mungkin terhasil apabila proses perundangan dipertikaikan kesahihannya.

“Situasi yang anda tidak ingini ialah prosesnya dipersoalkan. Ia member kesan buruk kepada demokrasi secara keseluruhan. Dan saya fikir kita semua perlu mempertahankannya supaya tidak berlaku kesan buruk kepada pihak yang berpotensi menjadi pembangkang dalam kerajaan,” katanya.

Anwar dipenjara di Sungai Buloh sejak Februari lalu selepas gagal dalam rayuannya terhadap sabitan tuduhan meliwat. – Roketkini.com


Tiada ulasan: