Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau berasa gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan 'U' berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat Malaysia.
Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang meletakkan raja di atas politik.
"Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik," katanya.
Semalam, Dr Mahathir mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail supaya tidak terlibat dengan politik, berkata tengku mahkota itu mempunyai hak yang sama untuk bersuara kepada sesiapa shaja mengikut undang-undang.
Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan kerana hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal hadir dalam forum 'Nothing2Hide' pada 5 Jun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan