Penyertaan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ke dalam DAP dilihat secara positif oleh seorang menteri Umno yang menyifatkan ia sebagai petanda bahawa Malaysia sedang memecahkan tembok perkauman.
Ketika mengumumkan penyertaan bekas pengerusi bersama BERSIH ke dalam parti itu, DAP pula menyifatkan tokoh tersebut sebagai "perwira ubah".
Lebih dikenali sebagai Pak Samad, beliau memenangi Anugerah Penulis Asia Tenggara yang berprestij pada 1978 dan telah dianugerahkan gelaran sasterawan negara pada 1986.
"Demokrasi Malaysia telah maju begitu banyak, ia seolah-olah (warna) kulit tidak penting lagi. Ia adalah semua tentang ideologi sekarang," menteri kabinet kanan kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan