AMSTERDAM: Kerajaan Belanda hari ini menolak gesaan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menyerahkan penyiasatan terhadap
tragedi MH17 kepada badan dunia itu sebaliknya berjanji melakukan yang
terbaik meskipun berdepan pelbagai kesukaran.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) berkenaan ditembak jatuh di kawasan
yang dikuasai puak pemisah yang pro-Russia di timur Ukraine pada 17
Julai lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.
Serpihan bangkai pesawat tiba di Belanda semalam yang diangkut
menggunakan trak untuk membolehkan penyiasatan yang diketuai Belanda
dilakukan terhadap nahas itu.
Dalam satu surat daripada firma peguam yang mewakili beberapa keluarga
mangsa nahas, pegawai tinggi kerajaan Belanda dilaporkan berkata,
pasukan penyiasat berdepan dengan situasi geopolitik yang rumit di zon
konflik dan 'sedang melakukan apa yang termampu'.
Dalam satu temubual dengan AP semalam, jurucakap firma peguam
berkenaan, Bob van der Goen mengkritik mengenai tempoh siasatan. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan