KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan di ibu negara malam tadi telah
mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini
mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman
berkata pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan pada 10.45 malam dan
tiba di lokasi lima minit kemudian.
"Bomba mendapati jalan tersebut mengalami banjir kilat dan paras air
telah naik setinggi pembahagi jalan hingga memerangkap lima buah
kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, laman Twitter Informasi Bencana @PortalBencana dan
PBanjir KL @PBanjirKL melaporkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki
air dan mengalami banjir kilat.
Informasi Bencana @PortalBencana melaporkan Kampung Padang Balang
berhampiran Sungai Gombak mengalami banjir kilat pada 12.12 pagi dan
surut hampir sejam kemudian.
PBanjir KL @PBanjirKL pula melaporkan, Kampung Puah dinaiki air sedalam
0.6 meter, Jalan Tun Razak berdekatan bangunan PERKIM, Jalan Rahmat
(0.3-0.6 meter) dan Jalan Sentul Manis, Jalan Rahmat dan Jalan Ipoh
mengalami banjir kilat.
Air mula surut di jalan berkenaan pada 12.11 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan