Tanah runtuh akibat aliran air deras juga berlaku di Kampung Tekek yang menyebabkan sebuah chalet mengalami kerosakan.
TIOMAN – Beberapa kampung di Pulau Tioman, di sini, dinaiki air akibat
hujan lebat sejak petang semalam (kelmarin) bertembung dengan air laut
pasang besar.
Keadaan tersebut menyebabkan penduduk di pulau peranginan di Pahang itu berada dalam kebimbangan dan difahamkan terdapat lebih 100 keluarga sudah dipindahkan di Kampung Tekek.
Ketua Kampung Juara, Ab Razid Ali Awang, berkata, hujan lebat dan air pasang besar menyebabkan beberapa sungai di pulau tersebut semakin penuh.
“Hujan mula pada malam semalam (kelmarin) dan tidak berhenti hingga petang ini (semalam). Beberapa sungai seperti sungai Juara, sungai Tioman, sungai Mentawak, sungai Tekek sudah mulai penuh.
“Hujan yang lebat juga menyebabkan air dari bukit dan gunung turun mengalir dengan deras melalui kawasan kampung sebelum masuk ke sungai,” katanya.
Menurutnya, dua keluarga dari Kampung Nipah juga sudah dipindahkan ke Kampung Mukut kerana bimbang dengan keadaan air mengalir deras tersebut yang mula membanjiri kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi mengesahkan kejadian dan tindakan susulan melibatkan beberapa pihak berkenaan sedang diaturkan.
“Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Tioman mengenai keadaan hujan lebat di Tioman yang menyebabkan berlaku tanah runtuh di Kampung Air Hantu.
“Selain itu, jalan dari Kampung Tekek ke Kampung Juara juga tidak dapat dilalui kerana terdapat tanah runtuh selain Sekolah Kebangsaan Juara dan Kampung Nipah dilaporkan juga sudah dinaiki air,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan