Rabu, 31 Disember 2014

Azmin serah cek bantuan pada MB Terengganu, sifatkan pertemuan positif

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KEMAMAN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyifatkan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bagi menyampaikan cek bantuan banjir bernilai RM100,000 sebagai positif.

“Saya kira ini satu pendekatan cukup matang untuk mengadakan temu tembung walaupun berbeza pandangan politik tetapi demi kepentingan rakyat.

IMG-20141230-WA0012“Kerajaan Selangor salurkan sedikit bantuan untuk Kerajaan Terengganu. Saya sendiri serahkan cek kepada Datuk Ahmad Razif dan melahirkan simpati rakyat negeri ini yang terpaksa menanggung kesusahan dan musibah.

“Alhamdullilah, beliau menyambut baik dan berterima kasih kepada Kerajaan Selangor serta memberitahu bantuan itu akan disalurkan melalui mekanisme yang ada di Terengganu khususnya kepada NGO yang menyumbang khidmat mereka dalam kerja pembersihan selepas banjir,” katanya kepada Selangor Kini di Bukit Mentok, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan yang diterajui Kerajaan Selangor seharusnya dicontohi kerajaan negeri lain.

Pertemuan antara Mohamed Azmin dengan Ahmad Razif berlangsung kira-kira satu jam di kediaman rasmi Pegawai Daerah Kemaman.

IMG-20141230-WA0007Pertemuan yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Pejabat Menteri Besar Terengganu itu terpaksa ditangguhkan ekoran Ahmad Razif menghadiri sambutan lawatan Perdana Menteri.

Mohamed Azmin bersama delegasi yang dianggotai Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Ean Yong Hian Wah, Zaidy Abdul Talib, Dr Daroyah Alwi dan Amiruddin Saari turut melawat Pahang, selain Terengganu.

Selain bertemu Menteri Besar dua negeri terbabit, Mohamed Azmin turut melawat beberapa kawsan yang mengalami bencana banjir.-NFN-

Tiada ulasan: