MALAYSIAKINI
Walaupun banyak bantuan diberikan kepada mangsa banjir, pemimpin PKR
beranggapan, lebih bagus sekiranya kerajaan pusat dan negeri mengadakan
persediaan lebih awal bagi menghadapi bencana itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, negeri di pantai timur
menghadapi bencana banjir setiap tahun dan langkah-langkah pencegahannya
perlu ditetapkan.
"Rakyat Malaysia bersama-sama untuk membantu (mangsa banjir), tetapi ia
sebenarnya tidak begitu perlu dan boleh dielakkan jika mereka belajar
sesuatu daripada banjir besar tahun lepas.
"(Jika situasi mencemaskan) berlaku sekali lagi, ia bermakna bahawa kita
tidak belajar apa-apa pun daripada tahun lepas atau tidak ada apa yang
dilakukan untuk membetulkan dan menetapkan prosedur yang betul untuk
bertindak semasa keadaan kecemasan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemubual bersama KiniTV semalam.
Selain itu, tambahnya lagi, bukan hanya Putrajaya, malah kedua-dua
kerajaan BN dan kerajaan negeri Pakatan sama-sama "tidak mempunyai
sebarang perancangan kecemasan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan