SHAH ALAM : Pasukan penyelamat hari ini menemui beberapa objek yang
dipercaya milik pesawat Air Asia Indonesi QZ8501 yang hilang sejak Ahad
lalu.
Pihak berkuasa Indonesia hari ini melaporkan objek-objek tersebut adalah gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.
Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar
hari ini memberitahu pihaknya mengesan kira-kira 10 objek besar dan
banyak lagi objek kecil yang berwarna putih yang jaraknya hampir 10
kilometer dari lokasi terkahir pesawat berkenaan dikesan radar.
Malah seorang jurugambar AFP yang turut menyertai misi pencarian
berkata turut melihat beberapa objek yang menyerupaki rakit getah, jaket
keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak
kapal itu hilang pagi Ahad ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke
Singapura.
Usaha mencari dan menyelamat sejak dua hari lalu membabitkan pelbagai
aset tentera Indonesia, Malaysia, Singapura dan Australia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan