Kamarudin meninjau jalan ke Kampung Kok Keli yang runtuh. Kamarudin meninjau jalan ke Kampung Kok Keli yang runtuh.
 
 
TUMPAT - Banjir yang melanda daerah ini, sejak Isnin lalu, menyebabkan jalan ke Kampung Kok Keli berdekatan dengan pintu air runtuh dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Tinjauan mendapati, jalan terbabit terputus dua akibat arus deras yang masih tenggelamkan sebahagian jalan tersebut.

Penduduk, Kamarudin Abdullah,, berkata, jalan itu disedari runtuh selepas banjir beransur surut namun rumah penduduk masih digenangi air.

“Sebelum ini jalan ini hanya ditenggelami air dan tidak ada yang menyedari ia terputus dua sehinggalah semalam, baru keadaan jalan ini nampak jelas,” katanya.

Menurutnya, penduduk di Kampung Kok Keli, Kampung Laut, Kok Majid, Kampung Gerong dan kawasan sekitar masih terputus hubungan.

Perlu menaiki bot untuk ke kampung terbabit kerana jalan di Chabang Tiga Kepulau airnya masih dalam, manakala jalan melalui pintu air Kok Keli ini pula runtuh.

“Bagi yang tinggal di rumah saudara mara di luar kawasan Kok Keli masih tak dapat melihat keadaan rumah masing-masing kerana masih terputus hubungan di sini,” katanya.