Jumaat, 26 Disember 2014

MB turun ke Kelantan esok, PM ‘sibuk’ main golf di Hawaii

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN


SHAH ALAM: Pelbagai pihak memuji tindakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir negeri itu.

Nagaswari Murusagan berkata, tindakan Mohamed Azmin itu tepat berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini ‘sibuk’ bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat,  Barrack Obama di Hawaii.

banjir1

“PM main golf dengan Obama di Hawaii sambil bercuti habiskan wang rakyat, tetapi mangsa banjir duk merana. Inilah kerja BN yang pentingkan percutian lebih dari rakyat sendiri,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin melalui akaun Facebook miliknya memberitahu bakal terbang ke Kelantan bagi mengadakan lawatan ke atas mangsa banjir di negeri itu, esok.

azminDalam lawatan berkenaan, Mohamed Azmin akan turut menyalurkan sumbangan kepada Kerajaan Kelantan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri itu, sejak 16 Disember lalu.

Mohamed Azmin berkata, akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung perkara terbabit.

“Insya Allah, esok mesyuarat khas MMKN dan Kerajaan Selangor akan umum bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Saya sendiri turun ke Kelantan esok,” katanya dalam akaun berkenaan.

banjirfb

Sementara itu, rakyat Kelantan turut memuji keprihatinan Mohamed Azmin yang sanggup turun padang sendiri menghulurkan sumbangan.
” Tq yab mb selangor..respect dari anak kelate,” kata Syafnan Zain.

Siti Ainiza Kamsari pula berkata, Mohamed Azmin telah mengambil alih tugas Perdana Menteri yang seharusnya turun padang pada saat genting itu.

“YB, u take over the PM yang sepatutnya turun Kelantan! Thumbs Up YB!!!!” katanya.

Laman http://portalbencana.mkn.gov.my/ memaklumkan tiga sungai utama negeri itu iaitu Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok melepasi paras bahaya dan sehingga kini 16 jalan di enam daerah sudah ditutup kepada lalu lintas.

Keadaan banjir itu berlaku ekoran fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan agak berhampiran dengan bumi hingga menyebabkan air pasang besar di kawasan Pantai Timur.

Tiada ulasan: