Rabu, 10 Disember 2014

Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia? Pakar Ekonomi Jangka Tahun 2015 Inflasi Naik 4%, Eksport Lembab, Defisit Berkembar!




calon perdana menteri



Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia? Pakar Ekonomi Jangka Tahun 2015 Inflasi Naik 4%, Eksport Lembab, Defisit Berkembar! : Mungkin inilah masanya. Peluang sudah diberikan. Ruang telah diberikan. Kuasa sudah berikan. Tetapi…..Tun Mahathir Mohamad tidak nampak bekas “anak buahnya” ini dilihat begitu lemah dalam menguruskan ekonomi negara.

Malah mengejutkan, buat pertama kalinya tanpa berselindung lagi Mahathir merasakan lebih ramai sebenarnya layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Persoalannya…….

siapa gerangan penganti Najib Razak selaku Perdana Menteri ketujuh?
  • Adakah Tan Sri Muhyiddin Yaasin
  • Adakah Khairy Jamaluddin?
  • Adakah Datuk Seri Ali Rustam?
  • Adakah Datuk Zahid Hamidi?
  • Adakah Datuk Muhkris Tun Mahathir?
Harga Barang Naik 2015

Tun Mahathir sudah merasakan gelora yang berlaku di Malaysia. Daripada melihat kejatuhan parti UMNO di Malaysia, ada baiknya dirasakan untuk Datuk Seri Najib berundur. Apatah lagi berdasarkan pemerhatiannya pada Pilihanraya Umum ke 13, keputusan kemenangan UMNO dalam PRU ke 13 berpunca daripada :

Punca Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia Sukar Dicari Dalam UMNO?

  • Masih ramai lagi yang tidak yakin & tidak kurang juga ramai yang takut dengan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia
  • Realitinya, kemenangan keputusan PRU 13 oleh UMNO bukanlah disebabkan kepimpinan Najib.
Tun Mahathir mendedahkan punca mengapa dan kenapa Najib Razak dan pemimpin tertinggi yang lain seperti ____________, ___________ & ________ masih kekal di atas dek kerana sistem UMNO yang sekarang lebih banyak dimonopoli dengan kalangan “figura yang kurang berkualiti”.
  • budaya cantas-mencantas dalam kepimpinan parti
  • yang berkualiti tinggi tidak diberikan peluang dan ruang secukupnya

Pakar Ekonomi Tegur Najib Razak & Kerajaan Malaysia

Ok. Noktah. Bukan sahaja Tun Mahathir menegur dan terus menegur kepimpinan kerajaan Malaysia di bawah Najib Razak. Terbaru, Maybank IB Research memberikan peringatan kepada kerajaan Malaysia dalam aspek pengurusan ekonomi dan kewangan negara di mana kerajaan mesti lebih realistik dalam menetapkan unjuran dalam keadaan sekarang. Usahlah bermimpi untuk mencapai defisit -3& daripada KDNK, malah ia akan terus meningkat kepada defisit -4% pada tahun 2015
Inflasi Naik 2015
  1. Harga minyak dunia telah jatuh sejumlah 40%
  2. Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika telah jatuh sejumlah 9.2% sejak 3 bulan lepas
  3. Pemilikan asing terhadap bon kerajaan Malaysia adalah tinggi iaitu sejumlah 30% berbanding Thailand yang hanya 18% sahaja yang menyebabkan sekuriti lebih terdedah kepada risiko jualan secara besar-besaran ringgit Malaysia yang telah berlambak di pasaran
  4. Lebihan dagangan untuk tempoh selama 18 bulan telah jatuh sebanyak RM1.2 bilion
  5. Lebihan akaun semasa kerajaan Malaysia terus mengecil kepada hanya RM7.6 bilion bagi suku ketiga tahun 2014
  6. Masih lagi tiada kesan besar kepada negara? Mustahil
KLIK SINI : Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 
Berpunca GST Malaysia. Pasti Berlaku!

Tidak cukup dengan itu, Ketua Ahli Ekonomi Alliance DBS Research Manokaran Mottai telah senaraikan apa yang akan berlaku pada tahun 2015 terhadap ekonomi Malaysia :
  1. Pada suku pertama tahun 2015, Malaysia bakal menghadapi defisit berkembar (defisit fiskal dan defisit akaun semasa). Defisit akaun semasa berlaku apabila nilai barangan dan perkhidmatan yang negara import melebihi nilai barangan dan perkhidmatan yang dieksport. Defisit fiskal pula berlaku apabila jumlah perbelanjaan oleh kerajaan melebihi pendapatan.
  2. Pertumbuhan ekonomi hanya berada pada paras 5% sahaja berbanding unjuran kerajaan malaysia 5.8%
  3. Eksport negara akan terus lembap
  4. Industri pembuatan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 4.4% pada tahun 2015 (anggaran 2014 6.1%)
  5. Pertumbuhan sektor perkhidmatan mungkin akan berada pada kadar sederhana iaitu 5.3% pada tahun 2015, berbanding unjuran 6.2% untuk tahun 2015
  6. Kadar kenaikan inflasi naik 2015 akan berada pada paras 4%
  7. Akaun semasa akan berada pada tahap defisit kecil seawal 1Q15
  8. Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan terus kekal stabil untuk 3.25 bagi tahun 2015
Apa komen anda seruan untuk Datuk Seri Najib Razak untuk berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam dengan keadaan ekonomi Malaysia hari ini? Mengapa?


Tiada ulasan: