Hai O (duduk, kiri) bimbang gejala rasuah kembali menular disebabkan masalah tunggakan gaji pemain.
PRESIDEN Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar tidak menolak kemungkinan masalah kelewatan gaji pemain mampu mendorong kepada gejala rasuah dan mengatur perlawanan. Lapor KAMARUL AKHIR / WWW.ASIANA.MY
Jelasnya, situasi seumpama ini tidak seharusnya berlaku ketika Liga Malaysia (Liga -M) akan diswastakan tidak lama lagi.
"Permasalahan dihadapi rakan dari Perlis nyata mengecewakan kami di PFAM, saya faham apa dialami pemain, bekalan elektrik dipotong, kenderaan ditarik dan pelbagai masalah lain disebabkan masalah tunggakan gaji.
"Namun apa yang membimbangkan tidak mustahil isu rasuah dan mengatur perlawanan berlaku kerana mereka terdesak memerlukan kewangan untuk menyelesaikan tanggungan," katanya.
Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini yang turut dikenali dengan panggilan Hai O menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan setiap persatuan negeri mengambil berat berkaitan isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan