Rabu, 10 Disember 2014

Bas ekspres dua tingkat hangus, tiada kemalangan jiwa

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KLUANG: Sebuah bas ekspres dua tingkat hangus terbakar dalam di Kilometer 51.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Simpang Renggam, pagi tadi.
 
Jurucakap Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.41 pagi sebelum 11 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian.
 
"Sebaik tiba di lokasi pada jam 7 pagi, sebuah bas sedang terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Tiada ulasan: