26 Disember, TV siar wajah terkini Acheh, wilayah
paling teruk dilanda tsunami 10 tahun lalu. Pekarangan Masjid
Baiturrahman yang dulu seperti padang jarak, padang tekukur sudah
kembali indah.
Yang lebih indah Acheh kini sebuah wilayah damai, tiada lagi pergolakan bersenjata tentera kerajaan Indonesia dengan gerila Gerakan Acheh Merdeka (GAM).
Tsunami 26 Disember 2004, meskipun telah meluluhlantakkan muka bumi Acheh dan mengorbankan ratusan ribu nyawa, rupanya turut menyelit hikmah, membawa pergi dendam dan permusuhan selama 30 tahun.
Usaha membina semula Acheh bukan mudah. Ia sudah tentu lebih payah dengan wujudnya dua pihak yang berebut kuasa.
Mujur, tsunami yang datang dengan hentakan paling dahsyat dalam sejarah dunia moden, telah menghantar mereka ke meja rundingan.
Pada 27 Disember 2005, GAM yang ditubuhkan 4 Disember 1976, mengakhiri usianya menerusi perjanjian damai dengan pemerintah Indonesia.
Pada masa kita mengimbau bencana dahsyat itu dan perubahan yang berlaku di Acheh, bencana sedang membedal Pantai Timur.
Seperti Acheh, Kelantan wilayah paling teruk alami kemusnahan dalam tragedi kali ini. Dan seperti Acheh di Indonesia, Kelantan adalah negeri paling 'Islamis' di Malaysia.
Acheh sudahpun menguatkuasakan undang-undang hudud, dalam pentadbiran yang terpisah daripada undang-undang Republik Indonesia manakala Kelantan sedang dalam proses untuk melaksanakannya.
Ahad, 28 Disember Sinar Harian menyiarkan tajuk muka depan Masa Untuk Bersatu mengiringi foto Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob melawat mangsa banjir.
Turut sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Umno Kelantan.
Esoknya, foto itu jadi viral. Ramai yang mengaku 'sejuk hati' melihat kemesraan mereka.
Kedua-duanya membuat kenyataan sama, tidak akan mengisytihar darurat di Kelantan.
Walaupun Tok Mat (Ahmad Yaakob) pemimpin Pas, berkokok juga bantahan dalam partinya sendiri oleh mereka yang mungkin sekadar membaca skrip ditulis oleh dalang di luar Pas yang tidak senang duduk melihat kemesraan pemimpin parti itu dengan pemimpin Umno, lebih-lebih lagi Najib.
Apa yang sebaiknya dalam keadaan ini ialah ketepikan sementara politiking. Ini masa untuk semua pemimpin membuktikan jiwa kepemimpinan mereka membantu rakyat dalam kesusahan.
Ini masa untuk membuktikan mereka berpolitik bukan atas kepentingan diri tetapi untuk berkhidmat, menunaikan harapan, menjadikan diri pergantungan, menunjukkan jalan yang selamat dan membela orang dalam kesusahan.
Politik pada era telefon pintar ini juga bukan untuk 'berselfie' dalam air banjir sambil tersenyum, kemudian sebarkan gambar itu ke seluruh alam dengan kapsyen 'turun padang bantu mangsa banjir'. Bukan. Itu semua bukan. Politik yang sebenar adalah pengorbanan dan keikhlasan. Barulah layak dipanggil pemimpin.
Pada ketika darurat inilah siapa yang sebenar layak dipanggil pemimpin, berjiwa negarawan, bukan politikus picisan yang tidak endah untuk terus
bercuti di luar negara ketika negara dilanda bencana hingga perlu dipanggil balik oleh Perdana Menteri, dinilai. Inilah masa untuk mereka mengorbankan kepentingan, sanggup meranduk air bah bersama dengan rakyat, tidur berbantal lengan di pusat-pusat pemindahan.
Daripada Kabinet, dua menteri layak dipuji ialah Tok Pa (Mustapa Mohamed) dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Tok Pa, saya difahamkan baru dua hari sampai di Makkah untuk menunaikan umrah (bukan bercuti di Jerman), tetapi segera balik apabila bah semakin melarat.
Shabery pula jelas bersungguh-sungguh membantu mangsa meredah air hingga nampak keletihan di wajahnya ketika muncul di TV.
Di Acheh, mengapa GAM mudah bersetuju untuk meletak senjata setelah 30 tahun berjuang menuntut merdeka sedangkan dalam kalangan penduduk Acheh, mereka dapat sokongan kuat, bukan semata-mata moral bahkan juga ekonomi?
Jawapannya ialah apabila wilayah itu musnah akibat tsunami dan mengambil kira bahawa kelangsungan hidup rakyat lebih penting daripada politik mereka, GAM tidak melihat jalan lain selain berdamai dengan kerajaan Indonesia.
Tanpa perdamaian yang total, Jakarta tidak dapat berperanan aktif untuk memulihkan semula Acheh.
Nah! Inilah iktibarnya bagi kita. Kelantan sekarang umpama Acheh dari segi kemusnahan akibat banjir, cuma bezanya seperti kata seorang kawan, tsunami datang dari laut (ombak, tsunami dalam bahasa Jepun maksudnya, dinding air) manakala banjir melimpah dari sungai. Kesan banjir lebih teruk sebab kawasan yang jauh dari laut juga habis digodamnya.
Lihatlah gambar rumah mangsa banjir, ada yang ranap, hanyut, macam-macam.
Ramai yang mengaku 'sejuk hati' melihat gambar mesra Najib dengan Tok Mat namun apakah bantuan RM500 juta untuk mangsa banjir daripada Kerajaan Pusat cukup? Jawabnya, tidak. RM500 juta bukan untuk Kelantan sahaja tetapi mangsa banjir di seluruh negara.
Nilai kemusnahan di Kelantan sahaja akibat banjir kali ini dianggarkan berbilion ringgit. Sesetengah kawasan di Kelantan sudah jadi 'ground zero'.
Inilah yang dibangkitkan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub kepada editor kanan akhbar ini petang kelmarin.
Benarlah kata-kata Hussamuddin bahawa sekarang berduyun-duyun orang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
"Berapa banyak bantuan boleh dihantar, berapa lama boleh tahan? Soalnya, apa akan berlaku kepada orang Kelantan selepas ini?
Bagaimana mereka nak terus hidup, nak bina semula hidup sedangkan harta benda, rumah, lembu kambing, ladang, habis musnah Ada kedai, kedai hancur. Ada kilang keropok, kilang batik, habis musnah?" katanya.
Dalam keadaan ini, kata Hussamuddin, mangsa terpaksa bergantung harap kepada kerajaan.
"Tetapi Kerajaan Negeri, maaf cakap, tidak mampu. Mahu tidak mahu, Kerajaan Pusat. Tetapi apabila kerajaan berlainan parti, saya yakin apa yang dibuat tidak akan lancar," tegasnya.
Sebagai anak Kelantan dan tokoh korporat berjaya, Hussamuddin sering jadi rujukan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur.
"Kawan-kawan saya juga bangkitkan persoalan yang sama, bagaimana nak bina semula Kelantan? Saya tidak semata-mata melihat mereka dalam situasi sekarang tetapi selepas ini. Apa nasib orang Kelantan selepas banjir, masalah nak dapatkan semula kehidupan yang sudah hilang. Rumah pun hanyut.
Nilai ekonomi orang Melayu banyak di Kelantan. Kerana banjir, orang Melayu semakin jauh ketinggalan. Aset dan perniagaan banyak yang musnah. Ini bukan lagi krisis Kelantan tetapi krisis negara," katanya.
Daripada perbincangan dengan rakan-rakannya, kata Hussamuddin, lahir idea alangkah moleknya kalau pemimpin Pas Kelantan dan pemimpin Umno Kelantan sanggup mengorbankan kepentingan politik masing-masing dengan menubuhkan kerajaan campuran di negeri itu.
"Idea kami nak tengok pemimpin Pas Kelantan dan pemimpin Umno bukan setakat mesra ketika bantu mangsa banjir sekarang tetapi duduk bersama dalam kerajaan negeri untuk bina semula Kelantan yang telah musnah. Kami nak tengok sebuah kerajaan campuran Pas - Umno ditubuhkan di Kelantan," jelasnya.
Signifikannya idea itu, kata Hussamuddin apabila kedua-dua parti bergabung dalam sebuah kerajaan, segala urusan akan lebih lancar.
"Ini akan memudahkan proses pembangunan semula Kelantan, akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, dalam keadaan mereka begitu memerlukan pembelaan seperti sekarang," ujarnya.
Sebagai contoh kata beliau, meskipun dalam pertemuan baru-baru ini, nampak mesra dan mudah untuk Kerajaan Kelantan bersetuju menerima projek-projek bantuan Kerajaan Pusat namun hal yang sebaliknya mungkin akan berlaku apabila tiba masa pelaksanaan.
'Katakan ada projek pembangunan yang Kerajaan Pusat nak buat, ia memerlukan kelulusan tanah daripada Kerajaan Negeri.
Sebagai parti politik yang bersaing, apakah kita boleh jamin kelulusan akan diberi dengan mudah sedangkan projek itu akan beri mileage kepada Kerajaan Pusat yang juga pesaing mereka dalam politik?"
"Itulah apa yang harus difikirkan oleh ahli-ahli politik Kelantan demi rakyat," katanya.
Ditanya sama ada idea kerajaan campuran itu sama dengan kerajaan perpaduan yang pernah dicanang sebelum ini, Hussamuddin berkata, tidak!
Menurutnya, ini untuk Kelantan sahaja, bukan di peringkat Persekutuan ataupun berkait dengan isu penyertaan Pas ke dalam BN.
Saya teringat apa yang pernah berlaku di Pulau Pinang untuk mengesahkan bahawa idea itu mempunyai duluan atau precedent. Pada Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969, Gerakan bertanding sebagai parti pembangkang yang kuat, menang 16/24 untuk mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang dan hampir berjaya merampas Perak dari tangan Perikatan.
Atas sebab-sebab tertentu, parti itu kemudian menubuhkan kerajaan campuran dengan Perikatan di Pulau Pinang pada 13 Feb 1972, penggabungan yang hanya berlaku di peringkat negeri, bukan di peringkat Persekutuan.
Sehubungan itu, dari segi mekanisme, saya kira idea ini boleh dilaksanakan - jika dibenarkan oleh undang-undang tubuh negeri Kelantan - dengan Pas kekal sebagai Menteri Besar manakala anggota Exco turut dilantik daripada kalangan Adun Umno.
Dengan itu, segala bantuan projek, peruntukan dan seumpamanya boleh disalurkan terus daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Seperti kata Hussamuddin, ini akan jauh lebih memudahkan, menyahkan segala hangky-pangky politik, juga kerenah birokrasi. Jika masih curiga, insaflah demi rakyat!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan