Selasa, 30 Disember 2014

PANTAS ke Perak & Pantai Timur bantu mangsa banjir

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : PANTAS pergi ke Perak dengan empat buah 4X4 dan sebuah lori tiga tan bagi menyampaikan sumbangan barang kepada mangsa banjir.

Pengerusinya, Hamsah Djabir berkata antara tempat ditinjau ialah pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Sayong, Kuala Kangsar dengan 351 mangsa banjir ditempatkan.

PANTAS

“Kami mengedarkan barang sumbangan di pusat pemindahan dan kawasan berdekatan.

“Kami juga pergi mengedar barang sumbangan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Lenggong yang menempatkan 93 mangsa banjir. Begitu juga sama di Gerik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merayu kepada para sukarelawan dan penyumbang untuk bekerjasama dengan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami juga telah melancarkan Misi Sukarelawan PANTAS untuk ke Pantai Timur. Sepasukan akan bertolak malam ini ke Terengganu. Pusat operasi induk di Terengganu dan Pahang sudah dikenal pasti,” katanya.EZY

Tiada ulasan: