MALAYSIAKINI
MCA memutuskan untuk "tidak akan menjemput" Malaysiakini untuk membuat liputan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu hujung minggu depan.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengesahkan keputusan itu
dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu hari ini.
"Anda telah memutarbelit beberapa kenyataan di beberapa temubual
media beberapa pemimpin (kata jawatankuasa pusat), jadi mereka kata
jangan jemput anda (untuk membuat liputan AGM)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut laporan berita yang dirujuk oleh jawatankuasa pusat itu.
Menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim itu, jawatankuasa itu juga bersetuju
untuk tidak menjemput beberapa media online yang lain membuat liputan
AGM itu, tetapi beliau tidak menamakan mereka.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bukan keputusan tetap dan MCA akan mengkajinya semula selepas AGM.
MCA akan mengadakan AGM pada 11 dan 12 Oktober ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan