Oleh AZIZ MUDA
KUALA
LUMPUR: Hayat politik Dato’ Seri Najib Tun Razak dipercayai berada
dalam keadaan bahaya apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad mula menekan dan mengasak malah sanggup menarik semula
sokongannya terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Mahathir bukan sahaja menarik
sokongan malah sedia meninggalkan Umno kerana tidak berpuas hati de ngan
gaya pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebelum Najib,
yang didakwa dikuasai “budak tingkat empat” ketika itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, pengalaman
tersebut boleh telah dibuktikan dengan tamatnya hayat politik Tun
Abdullah apabila akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana
Menteri, setelah sokongan ke atasnya ditarik balik oleh Mahathir kerana
tidak berkenan dengan pentadbirannya.
Menurut beliau, realiti itu berlaku kerana Mahathir sendiri masih ada
pengikut dan pengaruhnya dalam Umno-BN, sehingga beliau boleh
menjatuhkan penggantinya jika beliau sudah mengambil keputusan untuk
berbuat demikian.
“Tindakan Tun Mahathir itu juga sebenarnya menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan sekarang.
“Di bawah Dato’ Seri Najib, ekonomi negara menjadi begitu buruk
sekali, hutang negara juga turut bertambah. Itulah sebabnya Tun Mahathir
hendak tukar Dato’ Seri Najib kepada Perdana Menteri baharu.
“Tetapi dalam hal ini, Tun Mahathir sendiri pun berada dalam dilema
kerana dia pun tidak tahu hendak memilih siapa untuk menggantikan Dato’
Seri Najib kerana dia sendiri tak nampak siapakah penggantinya,” katanya
Khalid berkata, sekiranya Mahathir mahu menggantikan Najib kepada
Timbalan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia
merupakan sesuatu yang sukar kerana Muhyiddin sendiri berada dalam
kedudukan yang tidak kukuh.
“Malah, Tan Sri Muhyiddin sendiri pun dah nak pencen. Jadi siapakah
yang akan dipilih oleh Tun Dr Mahathir untuk menggantikan Dato’ Seri
Najib?
“Sememangnya tak ada pengganti Dato’ Seri Najib yang kukuh untuk dipilih oleh Tun Dr Mahathir,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kritikan Mahathir
terhadap Najib sememangnya berasas, malah teguran-tegurannya agak bernas
bagi kepentingan negara.
“Jika hendak dikatakan Tun Dr Mahathir ingin menjatuhkan Dato’ Seri
Najib dan menaikkan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz yang menjadi Menteri
Besar Kedah sekarang, saya tak nampak begitu.
“Andaian itu agak jauh
sangat kerana prestasi Dato’ Seri Mukhriz sendiri taklah begitu
menyerlah,” katanya.
Pada 18 Ogos lalu, Tun Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang
beliau menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri
Najib Tun Razak untuk terus memimpin ne gara ini, ekoran prestasi Najib
dilihat jauh lebih buruk berban ding Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut Mahathir seperti yang dicatatkan menerusi blognya, beliau
tidak sangka pencapaian Najib dalam pi lihan raya umum lalu lebih buruk
berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih
berkesan” berbanding pendahulunya itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.