MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk
Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat,
seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.
Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepemimpinan yang kuat.
"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?
"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.
"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai
pemimpin yang kuat,” katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.
Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk
"TPPA: Malaysia is not for sale" yang diterbitkan oleh Majlis Tindakan
Ekonomi Melayu (MTEM).
Ditanya sekiranya beliau berpendapat Najib mempunyai kempimpinan yang kuat, Mahathir berkata: “Saya tidak tahu”.
"Sebab semuanya bergantung kepada ujian atau cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau menghadapinya,” katanya.
Mahathir menegaskan, perjanjian itu sepatutnya terus dibatalkan.
"Pertama, mengapa (TPPA) dibuat secara rahsia jika ia bukan untuk menipu rakyat?
"Saya rasa ciri kepemimpinan yang baik adalah kemampuan untuk menolak apa yang tidak baik bagi negara ini,” katanya.
Dalam ucapannya terdahulu mengenai TPPA, Mahathir berulang kali merujuk
kepada kenyataan Najib mengenai keperluan bagi kemimpinan yang kukuh.
Katanya, negara ini mampu berkembang maju tanpa bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan