PERKASA menyatakan kemarahannya terhadap tindakan penganjur Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland menggunakan anjing berpakaian tulisan negara bertanding dalam acara pembukaannya.
“Perasmian sukan Komanwel, 40 ekor anjing Scottish dipakai sut, diguna untuk perarakan di mana nama-nama negara yang ambil bahagian tertulis di badan anjing.
Ibahim juga berkata, beliau turut meluahkan perasaan itu kepada media asing Daily Telegraph United Kingdom dan menyatakan kesal dengan sikap tidak sopan tuan rumah dan penganjur.
Sementara itu, The Herald Scotland melaporkan berhubung 40 ekor anjing jenis itu yang digunakan dalam perarakan untuk pembukaan acara sukan itu.
Daripada 71 peserta dalam sukan Komanwel ke-20 itu, nama Malaysia disebut kerana anjing yang ditugaskan mengiring enggan berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan